Setelah siap pembinaan SK Lambor Kiri yang baru pada awal tahun 1970-an,
penduduk-penduduk tempatan merasakan adalah sangat perlu dibina pula sebuah
sekolah menengah di Mukim Lambor Kiri. Bersandarkan kepada kepentingan
pendidikan peringkat menengah, maka pemimpin tempatan dengan disokong oleh Ahli
Yang Berhormat ADUN Bota telah mengemukakan permohonan peruntukan Kerajaan untuk
membina sebuah sekolah menengah di kawasan Lambor Kiri. Jawatankuasa Bertindak
telah dibentuk yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Latif bin Haji Mohd
Lazim, ADUN Bota ketika itu dengan dianggotai oleh Ketua-Ketua Kampung (Kampung
Lambor Kiri, Kampung Teluk Sena, Kampung Pulau,Kampung Kuchai dan Kampung
Bakong).
Usaha dan tindakan susulan terus dilakukan secara bersepadu oleh
Ahli-Ahli Yang Berhormat berikutnya, iaitu Ahli Parlimen Parit Tuan Haji
Nasaruddin bin Alang Saidin dan Dato' Haji Ahmad Hambal bin Yeop Majlis, ADUN
Bota ketika itu. Usaha-usaha tersebut telah berjaya dan peruntukan pembinaan
Sekolah Menengah Lambor Kiri telah diluluskan pembinaannya di atas tapaknya
sekarang ini. Antara alasan-alasan yang menyokong hasrat mereka adalah
kerana kesukaran murid-murid meneruskan persekolahan peringkat menengah di SMK
Sultan Muzaffar Shah, Lambor Kanan dengan berulang alik menyeberangi sungai
menggunakan sampan terutama semasa musim hujan dan banjir. Isu yang sering
diperkatakan oleh ibu bapa ialah berkenaan aspek keselamatan dan risiko yang
terpaksa ditanggung oleh anak-anak mereka kerana sampan penambang tidak
dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang sepatutnya.
Insiden sampan yang
membawa murid dihanyutkan arus deras ke hilir sungai menambahkan kebimbingan
ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka ketika menyeberangi sungai
sewaktu pergi dan balik dari sekolah. Atas alasan inilah maka kerajaan
telah bersetuju membuka SMK Lambor Kiri secara rasmi pada 3 Jan 1989 dengan
jumlah permulaan pelajar seramai 75 orang. Sekolah Penyalur atau “feeder
school” ialah SK Teluk Kepayang, SK Bakong, SK Lambor Kiri, SK Pasir Kubu dan
SK Pulau Tiga Kiri.
Pada tahun 1989 kerja-kerja pembinaan sekolah ini mula dilakukan di atas kawasan tanah seluas 15 ekar di Alor Bemban, Teluk Sena. Dengan ini juga PSS Al-Ghazali memulakan perkhidmatannya dalam menyemarakkan perkembangan ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar-pelajar Lambor Kiri.
Pada tahun 1989 kerja-kerja pembinaan sekolah ini mula dilakukan di atas kawasan tanah seluas 15 ekar di Alor Bemban, Teluk Sena. Dengan ini juga PSS Al-Ghazali memulakan perkhidmatannya dalam menyemarakkan perkembangan ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar-pelajar Lambor Kiri.
Rujukan
0 comments:
Post a Comment
Embedded below post