Bimbingan & Kaunseling


Assalamualaikum,salam hormat, salam perak eXcellent, salam lambor kiri eXcellent. Apa khabar semua? moga-moga kalian dalam keadaan yang sihat dan luar biasa bagus sekali. Hari ini cikgu ini berkongsi tentang bimbingan dan kaunseling.Selamat Membaca dan Memahami.

Apa itu kaunseling?

Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.

PERLU DIINGAT

Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.

Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.

“Kaunseling adalah hubungan professional antara kaunselor terlatih dengan klien. Hubungan ini biasanya berbentuk bersemuka dan kadangkala boleh melibatkan lebih daripada dua orang.” Burks & Stefflre (1979, dalam George & Cristiani, 1995)

Namun demikian secara keseluruhan kaunseling melibatkan ciri-ciri berikut;-

1. Kaunseling adalah hubungan profesional
2. Dikendalikan oleh individu yang terlatih (kaunselor).
3. Kaunseling mempunyai matlamat tersendiri.
4. Kaunseling adalah satu proses.
5. Dijalankan dalam bentuk individu atau kelompok



.

0 comments:

Post a Comment

Embedded below post